MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

Pertandingan Seni Khat

Friday 28 November 2008





Pada 15 November yang lepas, satu pertandingan menulis khat anjuran KEMAS, Balik Pulau, Penang telah diadakan. So, aku tak melepaskan peluang untuk menyertainya. Memang dok tunggu lama dah pertandingan ni sbb rasanya saingan tak lah begitu sengit kalau nak dibandingkan pertandingan di peringkat negeri lebih2 lagi peringkat kebangsaan. Masuk ni pun sekadar suka2 dan minat yang amat mendalam dlm bidang seni khat. Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori:
1. Pelajar sekolah rendah
2. Pelajar sekolah menengah
3. Umum-dewasa

Aku masuk kategori umum lah sbb diri pun dah tak berapa remaja lg. Ingat nak masuk kategori sek rendah je tp penganjur tak bagi. Dia kata dah lebih umur.Hehehe...
Yang paling best, soalan utk ditulis dah diberi siap2 sebelum hari pertandingan. Aku apa lagi, berlatih jelah sehari sebelum tibanya hari pertandingan...
Masa hari pertandingan, tak sangka ramai jugak yg menyertainya. Kalau dicampur semua kategori, ada dalam 50-60 orang. Yang masuk kategori umum lebih kurang 10 org. Isteri dan anak2 turut menemani aku ke tempat pertandingan. Nak bagi sokongan la katakan. Tapi bila nak mula menulis, emmm..... adalah gangguan dari Si Haziq & Aisyah. Nak tengok la, nak tulis samalah, nak itulah, nak inilah. Budak la katakan. Sampai isteri aku terpaksa bawak diaorang pergi ke kedai berdekatan belikan mainan supaya tak ganggu aku punya kosentrasi.

Aku gunakan sepenuhnya masa yg diberi selama 2 jam utk menulis. Kena fokus tu...Berpeluh jugak nak siapkan hasilnya. Aku sorang je yang menulis pakai batang resam (mcm buluh, alat tradisional dlm menulis khat) sbb hasilnya aku tahu lg cantik & menarik. Di peringkat antarabangsa pun penulis2 khat yg pro pakai batang resam. Orang lain tulis pakai marker pen je.

Setelah berhempas pulas selama 2 jam, aku akhirnya berjaya menyiapkannya. Dah siap hantar, tunggu keputusan pertandingan. Alhamdulillah...aku dapat jugak johan dlm pertandingan tu. Seronok jugakla. Kalau ada lagi tahun depan, aku nak join lg. Harap2 dpt hadiah kereta MPV ke...syok sikit balik kg.huhuhu...

2 comments:

hani 30 May 2009 at 20:12  

salam.
seronok tengok ada orang pandai dalam khat.xada ke cara yang mudah utk belajar khat.minat sangat.

en_me 17 August 2009 at 17:56  

tahniah bro..

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP