MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

MARHABAN DI ASTRO ( PENANG ) - REZEKI 1 RAMADHAN

Saturday 22 August 2009

Pagi td (22 Ogos) telah berlangsungnya MARHABAN DI ASTRO utk zon Utara yg bertempat di Sunway Carnival Mall, Seberang Perai, Pulau Pinang. Turut diadakan PERTANDINGAN KHAT dan PERTANDINGAN BERCERITA. Bagi pertandingan khat, ianya telah diadili oleh penyanyi nasyid serta penulis khat yang berbakat dari Lubnan iaitu Imad serta Ustaz Abdul Baki Abu Bakar dari Yayasan Restu.

Sebenarnya saje je saya ingin mencuba utk masuk dalam pertandingan Khat ni dan tidak terdetik sikit pun perasaan utk menang. Hanya utk mencari pengalaman dan meraikan program sebegini di samping berjumpa dgn sahabat2 khattat saya di sekitar Pulau Pinang.

Tapi antara percaya dengan tidak percaya, saya agak t'kejut apabila nama saya diumumkan sbg johan. Rasanya masih bnyk kelemahan yg ada pada tulisan saya maklumlah bila dlm pertandingan, perasaan gemuruh tetap ada semasa menulis tambahan pula masa yg diberi hanyalah 1 jam utk kami siapkan 2 soalan. Alhamdulillah, saya tetap bersyukur dan mungkin ini merupakan rezeki saya di bulan Ramadhan yg mulia...

Saya difahamkan oleh pihak ASTRO bahawa seramai 12 penulis khat terbaik di peringkat zon / negeri akan dipilih oleh juri untuk bertanding di peringkat Grand Final yg akan diadakan di Klang pada 6 September 2009 nanti.



Video ketika pertandingan Khat MARHABAN DI ASTRO berlangsung


waktu mula menulis


sedang bertungkus lumus utk menyiapkan tulisan


Ustaz Abd Baki dan Imad sedang menilai karya peserta


ketika menerima hadiah


Saya bersama sahabat khattat yg turut berjaya dlm pertandingan
iaitu Ustaz Zuhud (kanan) dan Ustaz Hasrul (kiri)


Imad sedang menunjukkan demostrasi menulis khat di hadapan pengunjung2 yg hadir


Persembahan selingan oleh Yassin dan Akbar (kumpulan Brothers)


Haziq pun sempat bergambar dgn Imad...


4 comments:

tice 27 August 2009 at 20:54  

assalamualaikum...

TAHNIAH3 USTAZ di atas kejayaan meraih JOHAN di pertandingan KHAT anjuran ASTRO..

Meme ustaz BERPOTENSI sekali...Berkat MURAH HATI ustaz yang senantiasa sudi menulis KHAT F.O.C.(Free Of Charge)untuk sahabats ustaz termasuk ummi kat blog ustaz untuk kami downloadkan tu lah yang membuatkan ALLAH kurniakan REZEKI kat ustaz pada bulan Ramadhan yang MULIA ini..

Abuhazieq 27 August 2009 at 23:22  

Alhamdulillah...syukran bnyk2...
rezeki mi...sebenarnya bila saya tolong tuliskan khat2 yg diminta oleh sahabat2 saya,tu dah kira sbg latihan saya menulis khat.

apapun,saya masih kena b'usaha lebih&bnykkan latihan menulis sbb masih bnyk kelemahan pada tulisan saya...

nordinjaafar 3 September 2009 at 08:47  

tahniah anta memang mantop!!!

Abuhazieq 4 September 2009 at 01:52  

tq abg din...berkat doa sahabat2..

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP