MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

TAHNIAH SEKALI LAGI KUMPULAN NASYID SK GENTING

Wednesday 12 May 2010



Alhamdulillah, tahniah sekali lagi diucapkan kepada kumpulan nasyid sekolah saya iaitu kumpulan IMTIAZ kerana telah berjaya mendapat Johan dalam pertandingan BINTANG NASYID MUKMIN peringkat Negeri Pulau Pinang, sekali gus melayakkan kami untuk ke peringkat kebangsaan pada pertandingan yg akan diadakan pd bulan November nnti.

Bagaikan mimpi bila diumumkan Johan tp itulah rezeki kami. Walaupun kumpulan ini baru ditubuhkan pada bulan Januari baru-baru ni, alhamdulillah berkat latihan dan kesabaran ahli2 kumpulan serta sokongan dr semua pihak, akhirnya kami berjaya mmbuktikan bahwa tiada sesuatu yg mustahil jika kita berusaha bersunguh2..

Namun kami tidak boleh berada dlm keadaan yg sgt selesa kerana masih terlalu bnyk perkara yg perlu diperbaiki dan dipelajari kerana sudah pasti pasukan2 yg layak ke peringkat Kebangsaan nanti adalah pasukan nasyid yg terbaik dan hebat2 semuanya.

Kepada kumpulan IMTIAZ, walaupun kita masih baru, semoga tidak berputus asa dan tidak jemu utk meneruskan perjuangan...Semoga dpt membuat persembahan yg terbaik nnti, InsyaAllah...

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP