MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

"Ya Allah, bantulah Palestin"

Friday 2 January 2009

Sudah hampir seminggu rakyat Palestin telah diserang oleh tentera Israel laknatullah. Entah bila akan berakhir. "Dan orang2 Yahudi & Nasrani tidak sekali2 akan redha & senang dengan kamu sehinggalah kamu mengikuti jejak langkah mereka". Tetapi serangan ni bukanlah perkara baru bagi rakyat Palestin. Bahkan sudah lama Allah telah menguji mereka.

Rasa marah, geram, benci, tak puas hati, menyampah, meluat dan mcm2 lagi perasaan timbul di dalam diri apabila terpaksa menyaksikan kanak2 yang tidak berdosa, orang2 tua yang uzur, wanita2 dan pemuda2 Islam yang telah terkorban dalam serangan yang dilancarkan. Kini, masjid juga telah dijadikan sasaran serangan mereka. Kemana hilangnya MARUAH ORANG ISLAM!!!

Kanak-kanak yang tidak berdosa turut menjadi mangsa

Dalam kita berseronok dengan sambutan tahun baru dengan menyaksikan PERCIKAN BUNGA API yang penuh warna warni & gilang gemilang, tetapi pernahkah kita terpikir nasib saudara kita di Palestin yang terpaksa berhadapan dengan PERCIKAN PELURU yang akan menentukan hidup dan mati mereka..."Ya Allah, bantulah Palestin..."

sausana sambutan tahun baru

suasana yang terpaksa dihadapi oleh saudara Islam kita

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP