MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

Pertandingan Khat - Kg. Titi Teras, Balik Pulau

Wednesday 11 March 2009

Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada 9 hb Mac yg lepas, saya telah dijemput oleh Ustaz Hasrul (khattat) utk membuat demonstrasi khat dan menjadi hakim bagi pertandingan khat di Kg. Titi Teras, Balik Pulau, P.Pinang. Alhamdulillah, sambutan dari orang kampung agak memberangsangkan. Pertandingan khat terbahagi kepada beberapa kategori iaitu remaja, belia, dewasa dan warga emas. Turut diadakan pertandingan mewarna tulisan khat bagi kanak2.

Yang paling membanggakan saya adalah apabila PAKCIK2 dan MAKCIK2 yg berumur dalam lingkungan 60-70 tahun turut bersemangat utk menyertai pertandingan khat ini dan hasil tulisan mereka amat baik . Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa kerja Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg. Titi Teras, Balik Pulau kerana berjaya menganjurkan program tahunan yang sungguh meriah.


Ustaz Hasrul sedang menyampaikan penerangan & taklimat tentang khat sebelum pertandingan bermula.

Antara warga emas yg turut mengambil bahagian dalam pertandingan seni khat


Memantau perjalanan pertandingan

Saya dan Ustaz Hasrul sedang menilai karya2 tulisan peserta

Antara hasil tulisan khat peserta mengikut kategori

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP