MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

PERTANDINGAN KHAT - MTQ PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI P.PINANG

Thursday 7 May 2009

Saya bersama barisan hakim khat yang lain.
Duduk dari kiri: pakar khat yg tidak asing lagi, Ustaz Zuhud, Cikgu Abdul Latif.
Berdiri dari kiri : Ustaz Zubir dan saya.



Pada 7.5.09 telah berlangsungnya Program Kokurikulum Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas (murid yg bermasalah dlm pembelajaran, penglihatan & pendengaran) Peringkat Negeri P.Pinang yg bertempat di Sk Pokok Sena, Kepala Batas. Saya telah diamanahkan oleh JPN utk menjadi salah seorang hakim bagi Pertandingan Khat Kategori Junior/Senior-murid "BD" (masalah pendengaran).

Melalui pemerhatian saya, walaupun murid2 ini mempunyai kekurangan dari segi pembelajaran dan pendengaran, namun mereka telah dianugerahkan oleh Allah dengan kemahiran yang lain. Ada di antara mereka mmg berbakat dalam menulis khat bahkan tulisan mereka ada yg lebih cantik dari murid2 normal. Tahniah buat adik istimewa ini...

Apa yg lagi menarik bagi saya ialah majlis ini telah dapat menemukan saya dengan rakan2 seperjuangan dlm khat dan "pakar2" khat Pulau Pinang seperti Ustaz Zuhud, Ustaz Hasrul dan Cikgu Latif. Kami sempat bertukar2 pengalaman dan ilmu tentang seni khat.


semasa pertandingan berlangsung

seorang peserta yg. berbakat

Adik yang "comel" sedang khusuk menulis

Antara hasil tulisan peserta

Ustaz Zuhud sedang menilai hasil tulisan peserta



0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP