MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

MTQ PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN

Thursday 25 June 2009


Pada 22-25 Jun 2009, telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan yang bertempat di UUM, Sintok Kedah. Saya telah diamanahkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadi salah seorang hakim bagi pertandingan Nasyid.

Apa yang dapat saya simpulkan melalui pemerhatian saya sepanjang pertandingan berlangsung, semua peserta mempunyai bakat yang terlalu istimewa. Walaupun mereka dlm kategori OKU - "ORANG KELAINAN UPAYA", namun Allah telah menganugerahkan mereka bakat dan kebolehan lain yang mungkin lebih hebat dari orang yg sempurna sifat dan fizikalnya. Tersentuh hati saya bila mendengar mereka mengalunkan nasyid dengan suara yang cukup merdu...

saya bersama para hakim yang lain sedang menilai persembahan kumpulan nasyid

sebuah kumpulan nasyid sedang membuat persembahan

Johan (Negeri Johor) bagi kategori "BP" (masalah pembelajaran)

Johan (Negeri Kedah) bagi kategori "BL" (masalah penglihatan)


Selain dari acara nasyid, turut diadakan juga pertandingan khat. Saya sempat meninjau dan melihat perjalanan pertandingan khat yang diadakan.

Berdiri sebelah kiri: sahabat saya, Ustaz Zuhud selaku salah seorang hakim khat.
Gambar semasa taklimat sebelum pertandingan. Dibantu oleh guru bahasa isyarat untuk menterjemahkan dlm bahasa isyarat tentang syarat2 pertandingan.

seorang peserta yang berbakat

salah satu hasil tulisan dan kreativiti peserta yang sgt menarik

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP