MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

Buat Sahabatku Abd Mua'ti - TERIMA KASIH SAHABAT

Monday 26 January 2009

Sebagai balasan dari karya yang diberikan kepadaku, terimalah hasil tulisanku yang tak seberapa buat saudara Mua'ti.

Khat Thuluth :Terima Kasih Sahabat


Read more...

KARYA SUMBANGAN SAHABATKU - ABD MUA'TI

Thursday 22 January 2009

Tulisan khat di atas adalah karya sumbangan dari sahabatku Abd Mua'ti (seorang khattat dari Perak). Aku sangat berbesar hati utk menerima pemberian karya ini lebih2 lg dari seorang pakar khat. Tulisannya mmg cantik.Terima kasih atas sumbangan tulisan ini dan insyaAllah akan disimpan sampai bila2 sbg kenang-kenangan.Terima kasih sahabat...

Read more...

DAH LAMA TAK MENULIS KHAT...

Sunday 11 January 2009

Ish...ish...sebenarnya aku dah lama tak menulis khat ni. Tangan dah rasa keras semacam je ni. Memang betul lah, dalam penulisan khat ni nak kena selalu berlatih menulis. Barulah tangan boleh jadi lembut & lebih senang utk menulis & membentuk huruf.
Ni ada 2 karya yang tak seberapa yang sempat aku tulis. Entah apa2 jadinya. Kepada pakar2 & sifu2 khat, sorilah atas kelemahan tulisan ni. Mmg aku x berape pakar dlm menulis. Just ingin mencuba & minat yg amat mendalam dlm penulisan khat.

Khat Thuluth : "ILMU PELITA HIDUP "

Khat Nasakh- yang bermaksud;
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya"



Read more...

"Ya Allah, bantulah Palestin"

Friday 2 January 2009

Sudah hampir seminggu rakyat Palestin telah diserang oleh tentera Israel laknatullah. Entah bila akan berakhir. "Dan orang2 Yahudi & Nasrani tidak sekali2 akan redha & senang dengan kamu sehinggalah kamu mengikuti jejak langkah mereka". Tetapi serangan ni bukanlah perkara baru bagi rakyat Palestin. Bahkan sudah lama Allah telah menguji mereka.

Rasa marah, geram, benci, tak puas hati, menyampah, meluat dan mcm2 lagi perasaan timbul di dalam diri apabila terpaksa menyaksikan kanak2 yang tidak berdosa, orang2 tua yang uzur, wanita2 dan pemuda2 Islam yang telah terkorban dalam serangan yang dilancarkan. Kini, masjid juga telah dijadikan sasaran serangan mereka. Kemana hilangnya MARUAH ORANG ISLAM!!!

Kanak-kanak yang tidak berdosa turut menjadi mangsa

Dalam kita berseronok dengan sambutan tahun baru dengan menyaksikan PERCIKAN BUNGA API yang penuh warna warni & gilang gemilang, tetapi pernahkah kita terpikir nasib saudara kita di Palestin yang terpaksa berhadapan dengan PERCIKAN PELURU yang akan menentukan hidup dan mati mereka..."Ya Allah, bantulah Palestin..."

sausana sambutan tahun baru

suasana yang terpaksa dihadapi oleh saudara Islam kita

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP