MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

PROGRAM TERTUNDA - MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Saturday, 28 March 2009

Alhamdulillah, akhirnya sekolah saya dapat juga laksanakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada hari Jumaat yang lepas. Sepatutnya majlis tersebut diadakan pada 2 minggu yang lepas tetapi atas sebab2 yg tak dapat dielakkan, ditambah pula dgn program sekolah yang tak putus2 dan bertembung pula dengan MTQ, maka kami terpaksa tangguhkan juga majlis ini. Walau terpaksa ditangguh, namun majlis sambutannya tetap meriah. Antara pengisian Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sek saya tahun ini ialah:

1)Pertandingan mewarna - tahun 1 & 2
2)Pertandingan mewarna (pelajar kelas Moral)
3)Majlis Bacaan Yaasin

4)Cera
mah Maulidur Rasul
5)Pertandingan Mencipta Banner-Murid Tahun 6

6)Perarakan



Pada tahun ini, buat pertama kalinya kami akan berarak keluar dari kawasan sekolah dan mengelilingi kawasan perumahan sekitar sekolah. Suasana semasa perarakan sungguh meriah dengan diiringi laungan selawat oleh murid2 tahun 3,4,5 & 6.

Turut diadakan pertandingan membuat sepanduk yang dibuka utk murid-murid tahun 6 (10 org wakil setiap kelas). Kami guru2 Pendidikan Islam telah ditugaskan utk memantau dan menolong murid2 tahun 6 utk menghasilkan sepanduk. Utk satu kelas, 2 org Guru Pendidikan Islam telah dipertanggungjawabkan utk memantau. Termasuk juga saya. Cabaran bagi saya apabila saya telah diamanahkan utk memantau kelas yg paling hujung iaitu kelas yg keenam (boleh dikategorikan sbg kelas yg agak bermasalah). Tapi itu x menjadi halangan buat saya utk menolong murid2 kelas tersebut. Walaupun mereka agak lemah dari segi akademik, namun rupanya Allah telah anugerahkan mereka kemahiran yg lain. Ada yg berbakat dlm seni. Apa yg saya perhatikan, mereka sebenarnya ada potensi mcm pelajar yg lain. Cuma kurang dari segi kemahiran belajar dan motivasi diri. Setelah berpenat lelah selama lebih kurang 4hari utk menghasilkan banner, alhamdulillah usaha kami tidak sia-sia. Kumpulan saya telah diumumkan sebagai JOHAN dlm pertandingan tersebut.
Namun, mendapat tempat pertama bukanlah matlamat & objektif utama sebenarnya. Peribadi & perjuangan Rasulullah S.A.W yg perlu dihayati dan diutamakan bukan setakat dlm Majlis sambutan yg diadakan bahkan dari dulu, kini, selama-lamanya dan sampai bila-bila....

#Rasulullah, kami berbangga menjadi ummat Mu...



Murid2 kumpulan saya bergambar bersama banner yg dihasilkan

Penyelaras Program, Ustaz Amir sedang menyampaikan ucapan

semasa sesi ceramah Maulidur Rasul

bersedia utk perarakan


semasa berarak


saya bersama ahli kumpulan & banner yg dihasilkan


Read more...

Cabaran Membuat Mural Khat

Sunday, 22 March 2009



Kelmarin saya baru selesai membuat mural khat di sebuah sekolah sekitar penang ni. Cuma nak kongsi pengalaman kat sini, antara cabaran "besar" yg terpaksa saya hadapi ialah tempat yg nak kena tulis tu agak tinggi. Jenuh nak kena susun meja, kerusi & nak kena panjat. Nak habiskan tulisan KALIMAH SYAHADAH tu, fuf!!! memang berpeluh. Tak tahulah berapa puluh kali saya terpaksa turun naik meja utk ambik cat dan sebagainya.

Memang betul lah, kalau kedudukan tempat yg kita nak tulis tu agak x selesa, sikit sebanyak boleh mempengaruhi gaya tulisan kita. Nak kena panjat lg, nak pegang cat lg, nak pakai berus lg, nak jaga kaedah penulisan lg...dan mcm2 cabaran.

# lenguh lutut dan sakit badan tak hilang lg sbb dok panjat dan naik turun..tp susah mcm mana pun benda ni kalau dah minat, saya tetap ENJOY dgn kerja saya...

"Membangun Bersama Seni Khat Islam..."

Read more...

Pena Buluh

Wednesday, 18 March 2009

Abu Hazieq


Sebelum ni, kalau menulis khat saya selalu pakai pena mata besi. Selalu juga pakai batang resam tp kadang2 je...Tp kalini atas cadangan sifu khat saya iaitu Ustaz Ilham, saya cuba menulis pakai pena buluh. Hasil dia ok sikit dr pena mata besi. Cuma yg kurang tu adalah kelemahan penulisan saya. Kalau Ustaz Ilham yg tulis, bg je mata apa pun, tulisan ttp mannnntopp!!!...


Read more...

KARYA KHAT

Tuesday, 17 March 2009


Al-Haya' Minal Iman....


Dah lama saya tak berkesempatan utk menulis khat. Agak sibuk sikit sejak dua menjak ni..Ni je yg sempat saya tulis utk kali ni...

Read more...

TAHNIAH SK BAYAN BARU, PENANG !

Thursday, 12 March 2009

Bergambar bersama kumpulan nasyid sekolah



Rasa mcm 1 kepuasan apabila penat lelah melatih murid2 saya utk pertandingan nasyid telah berbayar dengan mendapat Johan dalam pertandingan nasyid sempena dgn MAJLIS TADARUS AL-QURAN peringkat kelompok R5. Alhamdulillah...

Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan tahniah kepada pelajar dari Sek. Keb. Bayan Baru, P. Pinang yang telah mendapat keputusan yg begitu cemerlang di dalam pertandingan yg telah diadakan. Daripada keseluruhan acara, kami telah mendapat 4 johan iaitu johan pertandingan nasyid, johan Tilawah Al-Quran (P), johan Tilawah Al-Quran (L) dan johan Hafazan (P).

Manakala bagi acara lain, kami telah mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan bercerita (L) dan tempat ke 3 bagi pertandingan bercerita (P). Tahniah sekali lg diucapkan & pasukan sekolah kami akan bertanding di peringkat daerah selepas ini. Semoga dapat membuat persembahan yg terbaik diperingkat yg seterusnya nanti, insyaAllah...

Read more...

Pertandingan Khat - Kg. Titi Teras, Balik Pulau

Wednesday, 11 March 2009

Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada 9 hb Mac yg lepas, saya telah dijemput oleh Ustaz Hasrul (khattat) utk membuat demonstrasi khat dan menjadi hakim bagi pertandingan khat di Kg. Titi Teras, Balik Pulau, P.Pinang. Alhamdulillah, sambutan dari orang kampung agak memberangsangkan. Pertandingan khat terbahagi kepada beberapa kategori iaitu remaja, belia, dewasa dan warga emas. Turut diadakan pertandingan mewarna tulisan khat bagi kanak2.

Yang paling membanggakan saya adalah apabila PAKCIK2 dan MAKCIK2 yg berumur dalam lingkungan 60-70 tahun turut bersemangat utk menyertai pertandingan khat ini dan hasil tulisan mereka amat baik . Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa kerja Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg. Titi Teras, Balik Pulau kerana berjaya menganjurkan program tahunan yang sungguh meriah.


Ustaz Hasrul sedang menyampaikan penerangan & taklimat tentang khat sebelum pertandingan bermula.

Antara warga emas yg turut mengambil bahagian dalam pertandingan seni khat


Memantau perjalanan pertandingan

Saya dan Ustaz Hasrul sedang menilai karya2 tulisan peserta

Antara hasil tulisan khat peserta mengikut kategori

Read more...

BESTARI IBADAH CAMP - SK TAMAN SENANGAN, BUTTERWORTH.

Monday, 9 March 2009


Pada 6,7 & 8 Mac 2009, saya baru selesai melaksanakan program motivasi (BESTARI IBADAH CAMP) dengan kerjasama ASA EXPLORE TRAINING & CONSULTANCY yang bertempat di Sek. Keb. Taman Senangan, Butterworth, P.Pinang. Peserta adalah seramai 98 org dari murid tahun 6. Terima kasih diucapkan kepada pengurus ASA EXPLORE iaitu Bro Sham dan juga barisan fasilitator yang sudi datang jauh dari Kuala Lumpur utk. sama2 menjayakan program ni. Tidak lupa juga kepada pihak sekolah yg sudi menjemput kami dan tahniah buat adik2 para peserta di atas kerjasama yg diberikan sepanjang program dijalankan.






barisan fasilitator & tenaga penggerak program :
dari kiri - saya, bro Sham (moderator program), bro Mawi, bro Has, bro Memel, bro Kimin, bro Wan & bro Ammar.


Saya bersama Pengurus ASA EXPLORE TRAINING & CONSULTANCY -"BRO SHAM"


Krew- krew Program


Read more...

SYUKRAN USTAZ BUKHARI

Monday, 2 March 2009


Alhamdulillah, ada lg sahabat yang bermurah hati untuk menyumbangkan karya tulisan buat saya. Terima kasih banyak2 diucapkan kpd Ustaz Bukhari atas susah payah beliau menghasilkan karya tulisan khat yg sgt cantik.Terima kasih daun keladi Ustaz Bukhari...

Read more...

TERIMA KASIH USTAZ ILHAM !!!

Sunday, 1 March 2009

Muhammad Hazim Wafiy

Tak tahu nak cakap macam mana lg kat Ustaz Ilham, TERIMA KASIH banyak2 atas kesudian beliau menulis nama anak saya, MUHAMMAD HAZIM WAFIY. Saya memang kagum dengan Ustaz Ilham ni bukan apa,walau sesibuk mana sekalipun beliau dgn urusan peribadi (dia pun baru dpt baby jugak), namun sifatnya yg ringan tangan utk menulis & menghadiahkan saya karya tulisan khat yg tinggi nilainya buat saya. Lihat je tulisannya yg bersahaja,tp hasilnya sgt luar biasa!! Moga Allah akan menambahkan lg kemahiran beliau dlm penulisan khat ini. InsyaAllah...TERIMA KASIH BANYAK2 USTAZ ILHAM.

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP