MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

Dulu...Hobiku "MENCONTENG"

Sunday 30 November 2008

Memang hobiku suka "menconteng". Masa sekolah-sekolah dulu, pantang ada buku & kertas kosong, pasti aku contengnya. Tp aku conteng bukan conteng sebarangan. Aku conteng dengan menulis khat. Kat sekolah menengah dulu, subjek yg paling aku minat subjek khat lah. Tak tau nak ckp mcm mana, mmg minat sangat! Bila dpt lihat hasil tulisan khat dr pakar penulis khat (khuttat) dlm negara & luar negara, hati rasa tertarik. Terdetik dalam hati aku "bilalah aku dpt tulis secantik mereka".
Tu yg membuatkan aku lebih bersemangat untuk mendalami tulisan khat ni. Dari form 1 sampailah sekarang, tak henti2 berlatih menulis. Dah berapa belas tahun tu. Tp tension woooo....tak reti2 jugak! Kadang2 sampai dah putus asa. Sabor jelah.....Tak cukup latihan lg rasanya. Lgpun, aku tak berguru dgn mana2 pakar penulis khat secara langsung.
Pernah sekali aku ambik peluang masa dok belajar kat Akademi Pengajian Islam KL dulu aku mengikuti kursus khat selama 4 bulan dkat Muzium Kesenian Islam KL. Tulah first time aku masuk kursus khat secara formal. Bnyk sgt manfaat bila masuk kursus tu. Baru dpt tahu kat mana kelemahan dan kesilapan kita masa menulis. Kalau tak, dok rasa cantik & syok sendiri je. Aku berpeluang mendapat tunjuk ajar dr pakar2 penulis khat Malaysia seperti Ustaz Zawadi, Ustaz Zainurrahman, Ustaz Asrak dll. Yang paling best dpt berguru dgn Yang Dipertua Persatuan Khat Kebangsaan sendiri, Ustaz Yusof (sifu khat Malaysia). Terima kasih Ustaz.....Tulisan diaorang ni, ya Allah mmg perfect!!!

Dah tamat kursus, ada periksa jugak. Dia akan uji kita sejauh mana kemahiran kita dlm menulis setelah tamat kursus. Emmmm....tak sangka pulak dpt pangkat cemerlang dlm periksa tu. Padahal entah apa2 je yg aku tulis masa tu. Takpelah, kira rejeki lah tu....

Dan kenangan yg paling best masa tu, apabila hari penyampaian sijil kursus di Muzium Islam KL oleh Pengerusi Khat Kebangsaan aku dijemput sekali utk buat demo di depan pengunjung yg dtg bersama dgn seorang tenaga pengajar. Tak tahulah psl apa diaorg pilih aku. Berpeluh jugak aku dibuatnya...yelah kena tulis dpn org ramai + sifu khat ada kat situ. Tp tulah pengalaman berharga buat ku... Siap masuk majalah lg tu.

Kini aku lebarkan sayapku dlm arena "contengan" ni, aku beralih kepada menconteng dinding pulak. Pantang nmpak dinding kosong, rasa gatal je tangan ni nak conteng. Kalau kat umah aku di kg, abis dinding2 rumah dicontengnya. Kat penang pun ada juga sekolah2 yg mmbuat tempahan "contengan" ni atau lebih dikenali dgn MURAL. Takdelah perfect sgt. Kalau sifu2 khat tengok, mmg kantoilah. Bnyk yg "kureng" lg.Ni antara cth hasil contengan aku...kalau rasa brminat, bole lah buat tempahan ( promote sikit )!!!hihi...

depan bilik j-QAF sekolah aku

dlm bilik j-QAF


dinding rumah kat kg

Dlm dewan kelas Iqra' abg aku

salah sebuah sekolah yg tlh diconteng di Penang


backdrop kat sekolah

Dan bnyk lg sebenarnya koleksi peribadi aku...

Read more...

Summer Camp - Cuti Sekolah

Saturday 29 November 2008




Baru-baru ni, aku ada mengikuti summer camp anjuran kawan aku punya konsultan -"ASA EXPLORE Training & Consultancy" yang diadakan selama 3 hari 2 mlm iaitu pada 21-23 Nov 2008 bertempat di Kem Rimba Ria Suara Hutan, Hulu Langat Selangor. Seronok sgt!!!. Penyertaan adalah seramai 119 orang iaitu dari darjah 2 sampailah tingkatan 4.

Aku wakil yg paling jauh dtg dari Penang pergi ke sana semata2 ingin menjayakan camp tersebut. Semangat setiakawan punya pasal, walau penat sedikit aku korbankan juga masa,tenaga & wang ringgit untuk sama2 membantu adik2 para peserta yg mengikuti camp tersebut. Banyak pengisian menarik yg telah kami susun & laksanakan seperti nightwalk, jungle trekking, leadership games, sesi muhasabah dll. Yg paling best masa jungle treeking, kami berhenti di tengah2 bukit & sempat lg utk tunaikan solat sunat dhuha berjemaah. Boleh dikatakan semua peserta seronok & berpuas hati dgn camp ni.

Read more...

Pertandingan Seni Khat

Friday 28 November 2008





Pada 15 November yang lepas, satu pertandingan menulis khat anjuran KEMAS, Balik Pulau, Penang telah diadakan. So, aku tak melepaskan peluang untuk menyertainya. Memang dok tunggu lama dah pertandingan ni sbb rasanya saingan tak lah begitu sengit kalau nak dibandingkan pertandingan di peringkat negeri lebih2 lagi peringkat kebangsaan. Masuk ni pun sekadar suka2 dan minat yang amat mendalam dlm bidang seni khat. Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori:
1. Pelajar sekolah rendah
2. Pelajar sekolah menengah
3. Umum-dewasa

Aku masuk kategori umum lah sbb diri pun dah tak berapa remaja lg. Ingat nak masuk kategori sek rendah je tp penganjur tak bagi. Dia kata dah lebih umur.Hehehe...
Yang paling best, soalan utk ditulis dah diberi siap2 sebelum hari pertandingan. Aku apa lagi, berlatih jelah sehari sebelum tibanya hari pertandingan...
Masa hari pertandingan, tak sangka ramai jugak yg menyertainya. Kalau dicampur semua kategori, ada dalam 50-60 orang. Yang masuk kategori umum lebih kurang 10 org. Isteri dan anak2 turut menemani aku ke tempat pertandingan. Nak bagi sokongan la katakan. Tapi bila nak mula menulis, emmm..... adalah gangguan dari Si Haziq & Aisyah. Nak tengok la, nak tulis samalah, nak itulah, nak inilah. Budak la katakan. Sampai isteri aku terpaksa bawak diaorang pergi ke kedai berdekatan belikan mainan supaya tak ganggu aku punya kosentrasi.

Aku gunakan sepenuhnya masa yg diberi selama 2 jam utk menulis. Kena fokus tu...Berpeluh jugak nak siapkan hasilnya. Aku sorang je yang menulis pakai batang resam (mcm buluh, alat tradisional dlm menulis khat) sbb hasilnya aku tahu lg cantik & menarik. Di peringkat antarabangsa pun penulis2 khat yg pro pakai batang resam. Orang lain tulis pakai marker pen je.

Setelah berhempas pulas selama 2 jam, aku akhirnya berjaya menyiapkannya. Dah siap hantar, tunggu keputusan pertandingan. Alhamdulillah...aku dapat jugak johan dlm pertandingan tu. Seronok jugakla. Kalau ada lagi tahun depan, aku nak join lg. Harap2 dpt hadiah kereta MPV ke...syok sikit balik kg.huhuhu...

Read more...

Bermula di sini...

Ini adalah proses percubaan aku dalam menghasilkan blog. Jeles tengok kawan2 sbb semua dah ada blog sendiri. So, tak salah rasanya kalau aku mencuba. Terimalah seadanya, kerana segala-galanya bermula di sini...

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP