MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

Dulu...Hobiku "MENCONTENG"

Sunday, 30 November 2008

Memang hobiku suka "menconteng". Masa sekolah-sekolah dulu, pantang ada buku & kertas kosong, pasti aku contengnya. Tp aku conteng bukan conteng sebarangan. Aku conteng dengan menulis khat. Kat sekolah menengah dulu, subjek yg paling aku minat subjek khat lah. Tak tau nak ckp mcm mana, mmg minat sangat! Bila dpt lihat hasil tulisan khat dr pakar penulis khat (khuttat) dlm negara & luar negara, hati rasa tertarik. Terdetik dalam hati aku "bilalah aku dpt tulis secantik mereka".
Tu yg membuatkan aku lebih bersemangat untuk mendalami tulisan khat ni. Dari form 1 sampailah sekarang, tak henti2 berlatih menulis. Dah berapa belas tahun tu. Tp tension woooo....tak reti2 jugak! Kadang2 sampai dah putus asa. Sabor jelah.....Tak cukup latihan lg rasanya. Lgpun, aku tak berguru dgn mana2 pakar penulis khat secara langsung.
Pernah sekali aku ambik peluang masa dok belajar kat Akademi Pengajian Islam KL dulu aku mengikuti kursus khat selama 4 bulan dkat Muzium Kesenian Islam KL. Tulah first time aku masuk kursus khat secara formal. Bnyk sgt manfaat bila masuk kursus tu. Baru dpt tahu kat mana kelemahan dan kesilapan kita masa menulis. Kalau tak, dok rasa cantik & syok sendiri je. Aku berpeluang mendapat tunjuk ajar dr pakar2 penulis khat Malaysia seperti Ustaz Zawadi, Ustaz Zainurrahman, Ustaz Asrak dll. Yang paling best dpt berguru dgn Yang Dipertua Persatuan Khat Kebangsaan sendiri, Ustaz Yusof (sifu khat Malaysia). Terima kasih Ustaz.....Tulisan diaorang ni, ya Allah mmg perfect!!!

Dah tamat kursus, ada periksa jugak. Dia akan uji kita sejauh mana kemahiran kita dlm menulis setelah tamat kursus. Emmmm....tak sangka pulak dpt pangkat cemerlang dlm periksa tu. Padahal entah apa2 je yg aku tulis masa tu. Takpelah, kira rejeki lah tu....

Dan kenangan yg paling best masa tu, apabila hari penyampaian sijil kursus di Muzium Islam KL oleh Pengerusi Khat Kebangsaan aku dijemput sekali utk buat demo di depan pengunjung yg dtg bersama dgn seorang tenaga pengajar. Tak tahulah psl apa diaorg pilih aku. Berpeluh jugak aku dibuatnya...yelah kena tulis dpn org ramai + sifu khat ada kat situ. Tp tulah pengalaman berharga buat ku... Siap masuk majalah lg tu.

Kini aku lebarkan sayapku dlm arena "contengan" ni, aku beralih kepada menconteng dinding pulak. Pantang nmpak dinding kosong, rasa gatal je tangan ni nak conteng. Kalau kat umah aku di kg, abis dinding2 rumah dicontengnya. Kat penang pun ada juga sekolah2 yg mmbuat tempahan "contengan" ni atau lebih dikenali dgn MURAL. Takdelah perfect sgt. Kalau sifu2 khat tengok, mmg kantoilah. Bnyk yg "kureng" lg.Ni antara cth hasil contengan aku...kalau rasa brminat, bole lah buat tempahan ( promote sikit )!!!hihi...

depan bilik j-QAF sekolah aku

dlm bilik j-QAF


dinding rumah kat kg

Dlm dewan kelas Iqra' abg aku

salah sebuah sekolah yg tlh diconteng di Penang


backdrop kat sekolah

Dan bnyk lg sebenarnya koleksi peribadi aku...

2 comments:

Abu Muazz 1 December 2008 at 00:33  

Memang anugerah Allah buat enta...ada masa dan peluang nak gak belajar Khot...mmg minat tapi tak de guru...uhuk uhuk

Abuhazieq 1 December 2008 at 01:28  

Nak jd anak murid ana pun boleh.Ilmu lg diberi, lg bertambah...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP