MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

Indahnya Seni Khat ...

Wednesday 24 December 2008

MasyaAllah!!cantiknya tulisan khat ini. Terpegun dgn kehalusan & keunikan tulisan ni. Susunannya sgt indah dan menarik. Tulisan ni aku copy dari Islamic Calligraphy. Khat Thuluth namanya. Tulisan adalah dari Surah Al-Ikhlas ayat 1-4.

Tulisan di atas pulak aku ambik dekat surau R&R Alor Pongsu. On the way aku nak ke KL haritu, masa berenti utk solat asar. Ternampak tulisan ni sebagai hiasan surau tu. Pantang tengok tulisan khat yg menarik, aku x lepaskan peluang utk ambik gambarnya...Juga Khat Thuluth, dari surah al-Insyirah.

Read more...

QARYAH ANAK SOLEH (QASEH 08')

Monday 22 December 2008

Qaryah Anak Soleh (QASEH 08') telah selesai dilaksanakan pada 19-21 Dis 2008 yang bertempat di Pusat Latihan Desa & Homestay Labok, Machang Kelantan. Program motivasi ini adalah anjuran bekas pelajar sekolah aku iaitu "SMESS" ( Syamsul Maarif Ex-Student Society).

Target penyertaan hanyalah seramai 50 orang sahaja tetapi Alhamdulillah sambutan diluar jangkaan. Pihak penganjur terpaksa menghadkan kepada 90 penyertaan sahaja dengan mengambil kira tempat penginapan yang agak terhad. Pada mlm pertama program, aku berpeluang untuk bertemu dengan adik-adik para peserta dan sempat untuk menyampaikan sesi "ICE BREAKING" kepada mereka.

Harapan dari kami, semoga adik-adik dapat menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...Moga berjumpa lagi di program QASEH II, insya Allah...


Read more...

"Talk" Motivasi Cuti sekolah

Thursday 18 December 2008

Alhamdulillah, pada 17hb Disember 08 (Rabu) aku telah selesai menyampaikan "talk motivasi" kali kedua yang bertempat di Al-Tartil Center, Machang Kelantan (abg aku punya kelas pengajian Al-Quran&Fardhu Ain). Ni sbg pengisian aku dalam cuti sekolah. Talk kali ini bertajuk "Peranan&Tanggungjawab Pelajar". Peserta seramai 80 orang yg terdiri dari umur 5 tahun sampailah darjah 6.

Aku bukanlah penceramah atau pakar motivasi yang hebat Tapi berbekalkan sedikit pengalaman yang ada sepanjang aku terlibat dgn program motivasi bersama-sama dengan "ASA Explore Training&Consultancy"(sebuah syarikat konsultan) dan juga pengalaman bersama-bersama dengan pelajar2 di sekolah, aku gunakan sebaik mungkin dlm membantu adik2 untuk memberi suntikan motivasi kpd mereka. Mudah-mudahan, dengan apa yang disampaikan dapat memberi sedikit kesan buat mereka utk menjadi pelajar yang berjaya.

Aku memilih tajuk yang agak "simple" tp bagiku ia mempunyai maksud yg agak "besar". Apabila adik2 & para pelajar betul2 faham akan tanggungjawab mereka sebenarnya maka dari situlah akan terpancarnya jati diri&hala tuju mereka. Peranan sbg hamba Allah,tanggungjawab terhadap ibubapa, guru-guru dll...




Read more...

Daging Korban

Sunday 7 December 2008

Hukum memberi daging korban kepada orang bukan Islam.

  • Mazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging korban sunat atau wajib kepada bukan Islam.
  • Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban sunat kepada bukan Islam dan tidak harus (haram) memberi mereka makan daging korban wajib, seperti korban yang dinazarkan, sama seperti hukum zakat.
  • Mazhab Hambali berpendapat harus menghadiahkan daging korban sunat kepada orang bukan Islam dan haram menghadiahkan kepada mereka daging korban wajib.
  • Semua ulama mazhab sepakat (ijma’) memberi atau memberi makan daging korban atau akikah wajib kepada bukan Islam adalah haram.

Ini bererti hanya ulama Mazhab Syafie saja yang berpendapat daging korban sunat atau wajib tidak boleh (haram) diberi atau diberi makan kepada bukan Islam.
Majoriti ulama lainnya berpendapat harus memberi mereka makan daging korban sunat dan tidak harus jika korban wajib.

"Bicara Agama", Utusan Malaysia.

"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDUL ADHA"

Read more...

Beza Dulu dan Sekarang...

Thursday 4 December 2008

Dulu masa kecik.....tak penah pikir susah payah mak ayah.....yg bangun buat susu memalam buta....la ni baru tau apa yang mak ayah rasa.. mengantuknya nak bangun malam..lagi letih kalau anak sakit...

Dulu masa kecik.....kalau nak benda mesti nak jugak, kalau tak, menangis bagai nak rak...la ni baru tau apa yang mak ayah rasa...rasa ada yg nak kena je...napelah degil sangat budak ni....!

Dulu masa kecik......tido tak kisah nak bangun pagi....tak payah susah payah bangun pagi nak pi keja...tak kisah pasal makan sbb dah tersedia...la ni baru tau apa yang mak ayah rasa.... kena bangun pagi pegi kerja.... kena beli @ buat sarapan...

Dulu masa belajar kat sekolah...nak duit cakap saja....pastu terus dapat...tak pernah fikir pun susah payah nak cari duit....la ni baru tau apa yang mak ayah rasa... susahnya nak cari duit....seposen pun susah kalau tak keja...

Dulu masa belajar....beli benda tak ingat dunia...handphone mahal...no hal...baju branded...sapu...joli sana, joli sini....sbb ada sponser...mak ayah @ pinjaman kan ada...la ni baru tau apa yang mak ayah rasa...eee sayangnya dok membazir duit...

Dulu time tak kerja...barang naik harga tak kisah pun...bukannya ada kena mengena....nak naik ke, nak turun ke lantak laaa.... not my problem....la ni baru tau apa yang mak dan ayah rasa.....kenaikan barang tu satu benda yang membebankan....sbb gaji dok mcm tu je...harga barang saja yang dok naik....

Dulu banyak tak ambik tau...sekarang baru rasa....

Dipetik dari hasil nukilan hamba Allah...Agak menarik utk dikongsi bersama...

Read more...

B.A.H...( Bencana Air Hujan )

Tuesday 2 December 2008

Memang semua dah tahu, sekarang di Kelantan tiba lagi musim hujan atau lebih dikenali lg dengan musim "bah". Tiap-tiap hari hujan turun. Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita; "Cuaca buruk je akhir2 ni ye". Persoalannya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk? Berapa ramai dikalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
"Ishh, tak kering la baju kalau asyik hujan je...". "Alahai, hujan laaagiiii!!!"
"Tiap-tiap hari hujan... susah la macam ni!". "Payah nak buat apa-apa kalau hujan!". "Tak boleh balik lagi ni, hujan lah!" Dan macam-macam lagi.

Bukankah bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa:-
"Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami."

Hakikatnya, hujan itu rahmat. "Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)."[Al-A'raf: 57]

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya, antaranya:- Membersihkan udara, menyubur tanaman, juga membekal air ke empangan. Ada banyak lagi. Cuma pernah terfikir, kenapa orang selalu 'bad mood' bila hujan? "Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram atau tak best. Kesian hujan. . Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah berpesan, bila hujan turun, doa mustajab.
Sekarang ni, di Kelantan tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa
untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah." [Al-Qamar: 11] Maka, BERDOALAH. Dalam ilmu tasawwuf (dan ilmu-ilmu fardhu Ain lainpun ada juga) mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Tak payah kita tentukan, tak perlu kita perintahkan, Allah tahu bila nak turunkan hujan, kenapa perlu hujan, dan banyak mana atau lama mana nak diturunkan hujan. Lihatlah firman Allah yg bermaksud; "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." [Al-Mukminun: 18]

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ni kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kat kita sekarang ni ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau menyimpannya." [Al-Hijr: 22]


"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah),Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." [Surah Hud:123]

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP