"Talk" Motivasi Cuti sekolah
Thursday, 18 December 2008
Alhamdulillah, pada 17hb Disember 08 (Rabu) aku telah selesai menyampaikan "talk motivasi" kali kedua yang bertempat di Al-Tartil Center, Machang Kelantan (abg aku punya kelas pengajian Al-Quran&Fardhu Ain). Ni sbg pengisian aku dalam cuti sekolah. Talk kali ini bertajuk "Peranan&Tanggungjawab Pelajar". Peserta seramai 80 orang yg terdiri dari umur 5 tahun sampailah darjah 6.
Aku bukanlah penceramah atau pakar motivasi yang hebat Tapi berbekalkan sedikit pengalaman yang ada sepanjang aku terlibat dgn program motivasi bersama-sama dengan "ASA Explore Training&Consultancy"(sebuah syarikat konsultan) dan juga pengalaman bersama-bersama dengan pelajar2 di sekolah, aku gunakan sebaik mungkin dlm membantu adik2 untuk memberi suntikan motivasi kpd mereka. Mudah-mudahan, dengan apa yang disampaikan dapat memberi sedikit kesan buat mereka utk menjadi pelajar yang berjaya.Aku memilih tajuk yang agak "simple" tp bagiku ia mempunyai maksud yg agak "besar". Apabila adik2 & para pelajar betul2 faham akan tanggungjawab mereka sebenarnya maka dari situlah akan terpancarnya jati diri&hala tuju mereka. Peranan sbg hamba Allah,tanggungjawab terhadap ibubapa, guru-guru dll...
0 comments:
Post a Comment