MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

PROGRAM TERTUNDA - MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Saturday, 28 March 2009

Alhamdulillah, akhirnya sekolah saya dapat juga laksanakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada hari Jumaat yang lepas. Sepatutnya majlis tersebut diadakan pada 2 minggu yang lepas tetapi atas sebab2 yg tak dapat dielakkan, ditambah pula dgn program sekolah yang tak putus2 dan bertembung pula dengan MTQ, maka kami terpaksa tangguhkan juga majlis ini. Walau terpaksa ditangguh, namun majlis sambutannya tetap meriah. Antara pengisian Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sek saya tahun ini ialah:

1)Pertandingan mewarna - tahun 1 & 2
2)Pertandingan mewarna (pelajar kelas Moral)
3)Majlis Bacaan Yaasin

4)Cera
mah Maulidur Rasul
5)Pertandingan Mencipta Banner-Murid Tahun 6

6)Perarakan



Pada tahun ini, buat pertama kalinya kami akan berarak keluar dari kawasan sekolah dan mengelilingi kawasan perumahan sekitar sekolah. Suasana semasa perarakan sungguh meriah dengan diiringi laungan selawat oleh murid2 tahun 3,4,5 & 6.

Turut diadakan pertandingan membuat sepanduk yang dibuka utk murid-murid tahun 6 (10 org wakil setiap kelas). Kami guru2 Pendidikan Islam telah ditugaskan utk memantau dan menolong murid2 tahun 6 utk menghasilkan sepanduk. Utk satu kelas, 2 org Guru Pendidikan Islam telah dipertanggungjawabkan utk memantau. Termasuk juga saya. Cabaran bagi saya apabila saya telah diamanahkan utk memantau kelas yg paling hujung iaitu kelas yg keenam (boleh dikategorikan sbg kelas yg agak bermasalah). Tapi itu x menjadi halangan buat saya utk menolong murid2 kelas tersebut. Walaupun mereka agak lemah dari segi akademik, namun rupanya Allah telah anugerahkan mereka kemahiran yg lain. Ada yg berbakat dlm seni. Apa yg saya perhatikan, mereka sebenarnya ada potensi mcm pelajar yg lain. Cuma kurang dari segi kemahiran belajar dan motivasi diri. Setelah berpenat lelah selama lebih kurang 4hari utk menghasilkan banner, alhamdulillah usaha kami tidak sia-sia. Kumpulan saya telah diumumkan sebagai JOHAN dlm pertandingan tersebut.
Namun, mendapat tempat pertama bukanlah matlamat & objektif utama sebenarnya. Peribadi & perjuangan Rasulullah S.A.W yg perlu dihayati dan diutamakan bukan setakat dlm Majlis sambutan yg diadakan bahkan dari dulu, kini, selama-lamanya dan sampai bila-bila....

#Rasulullah, kami berbangga menjadi ummat Mu...



Murid2 kumpulan saya bergambar bersama banner yg dihasilkan

Penyelaras Program, Ustaz Amir sedang menyampaikan ucapan

semasa sesi ceramah Maulidur Rasul

bersedia utk perarakan


semasa berarak


saya bersama ahli kumpulan & banner yg dihasilkan


0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP