Pertandingan Khat - Kg. Titi Teras, Balik Pulau
Wednesday, 11 March 2009
Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada 9 hb Mac yg lepas, saya telah dijemput oleh Ustaz Hasrul (khattat) utk membuat demonstrasi khat dan menjadi hakim bagi pertandingan khat di Kg. Titi Teras, Balik Pulau, P.Pinang. Alhamdulillah, sambutan dari orang kampung agak memberangsangkan. Pertandingan khat terbahagi kepada beberapa kategori iaitu remaja, belia, dewasa dan warga emas. Turut diadakan pertandingan mewarna tulisan khat bagi kanak2.
Yang paling membanggakan saya adalah apabila PAKCIK2 dan MAKCIK2 yg berumur dalam lingkungan 60-70 tahun turut bersemangat utk menyertai pertandingan khat ini dan hasil tulisan mereka amat baik . Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa kerja Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg. Titi Teras, Balik Pulau kerana berjaya menganjurkan program tahunan yang sungguh meriah.
2 comments:
Hello mate nicee blog
Greaat reading your post
Post a Comment