
Pertandingan Khat sempena MARHABAN DI ASTRO 2010
Monday, 16 August 2010
Tempat : Jusco Seberang Prai, Pulau Pinang
Pada : 14 Ogos 2010

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana tahun ni masih lagi ada rezeki untuk mendapat naib johan sempena pertandingan seni khat, MARHABAN DI ASTRO 2010 yang bertempat di Jusco, Seberang Prai, P.Pinang. Semoga terpilih untuk ke grand final nanti yang akan berlansung pada 29 Ogos 2010, bertempat di Jusco Bukit Tinggi Klang, Selangor...
Read more...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H
Tuesday, 10 August 2010
HADIAH DARI USTAZ ABD BAKI
Monday, 24 May 2010
Terima kasih yg tak terhingga buat USTAZ ABDUL BAKI AL-KHATTAT, seorang penulis khat hebat yg tidak asing lg di negara kita kerana sudi meluangkan masa utk menuliskan nama saya dlm tulisan khat thuluth YG CUKUP INDAH..hanya Allah saja yg mampu membalas jasa baik beliau...jazakallah USTAZ... Read more...
KARYA KHAT SEMPENA HARI GURU : "SELAMAT HARI GURU 2010"
Saturday, 15 May 2010

SELAMAT HARI GURU BUAT SELURUH WARGA PENDIDIK DI MALAYSIA. JUGA BUAT GURU2 YG PERNAH MENDIDIK SAYA SELAMA INI. SEMOGA TIDAK JEMU DALAM MELAKSANAKAN TUGAS SEBAGAI SEORANG MURABBI DEMI UTK ISLAM YG TERCINTA..
TAHNIAH SEKALI LAGI KUMPULAN NASYID SK GENTING
Wednesday, 12 May 2010
Alhamdulillah, tahniah sekali lagi diucapkan kepada kumpulan nasyid sekolah saya iaitu kumpulan IMTIAZ kerana telah berjaya mendapat Johan dalam pertandingan BINTANG NASYID MUKMIN peringkat Negeri Pulau Pinang, sekali gus melayakkan kami untuk ke peringkat kebangsaan pada pertandingan yg akan diadakan pd bulan November nnti.
Bagaikan mimpi bila diumumkan Johan tp itulah rezeki kami. Walaupun kumpulan ini baru ditubuhkan pada bulan Januari baru-baru ni, alhamdulillah berkat latihan dan kesabaran ahli2 kumpulan serta sokongan dr semua pihak, akhirnya kami berjaya mmbuktikan bahwa tiada sesuatu yg mustahil jika kita berusaha bersunguh2..
Namun kami tidak boleh berada dlm keadaan yg sgt selesa kerana masih terlalu bnyk perkara yg perlu diperbaiki dan dipelajari kerana sudah pasti pasukan2 yg layak ke peringkat Kebangsaan nanti adalah pasukan nasyid yg terbaik dan hebat2 semuanya.
Kepada kumpulan IMTIAZ, walaupun kita masih baru, semoga tidak berputus asa dan tidak jemu utk meneruskan perjuangan...Semoga dpt membuat persembahan yg terbaik nnti, InsyaAllah...
YOUNG LEADERSHIP CAMP (YOULEAD) - SMK SERI BALIK PULAU, P. PINANG.
Tuesday, 4 May 2010
KEM KEPIMPINAN- YOUNG LEADERSHIP CAMP (YOULEAD 2010)
ANJURAN : SMK SERI BALIK PULAU, P. PINANG
DENGAN KERJASAMA : ASA EXPLORE TRAINING & CONSULTANCY
PADA : 30 APRIL - 2 MEI 2010
TEMPAT : TAMAN RIMBA, TELUK BAHANG, P. PINANG
PESERTA : 75 ORANG


SYUKUR DI ATAS SEGALA NIKMAT KURNIAAN-NYA
Saturday, 24 April 2010
Terima kasih kepada kedua ibubapa kami kerana berjaya menjadi pendidik kami yg terbaik.Terima kasih buat keluarga kami, guru2 kami, sahabat2 seperjuangan kami, kenalan2 kami & anak2 didik kami...
Ya Allah,bagaimana pula nilaian Mu pd kami? Adakah secemerlang sebagaimana anugerah yg kami perolehi????? Terasa kerdil diri kami di hadapan Mu....
TAHNIAH PASUKAN NASYID SK GENTING
Tuesday, 20 April 2010
Tahniah diucapkan kepada pasukan nasyid sekolah di atas kejayaan mendapat Johan di dalam pertandingan nasyid peringkat daerah sempena dengan MTQ yang telah berlangsung pada 17 April yang lepas. Walaupun bermula daripada "ZERO", alhamdulillah berkat kesungguhan dan usaha yg gigih telah membuahkan hasil yg cukup bermakna bagi kami.
Kemenangan ini telah melayakkan pasukan nasyid sekolah kami untuk ke peringkat negeri yg akan diadakan pada 7 Mei 2010 di Dewan Milenium Kepala Batas Pulau Pinang. Semoga berusaha dengan lebih gigih lagi dan semoga dapat membuat persembahan yg terbaik nanti, InsyaAllah...
TAMRIN RIQ'AH (II)
Monday, 12 April 2010

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YG KE 5 BUAT HAZIQ
Wednesday, 7 April 2010
Saya ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran yg ke 5 buat putera kesayangan saya, adik Haziq iaitu pd 6 April...Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yg soleh, insyaAllah, amin...
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ADIK SAYA
Friday, 19 March 2010

Khat yg telah siap di "frame" kan...
SALAM MAULIDUR RASUL...
Friday, 26 February 2010
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI.
HEPI BESDAY ADIK HAZIM (20.02)
Saturday, 20 February 2010
SELAMAT ULANGTAHUN YANG PERTAMA buat anak saya, adik HAZIM (20.02)...
Semoga menjadi anak yg SOLEH dan dpt menjadi pembela agama suatu masa nanti, InsyaAllah...