MTQ PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN
Thursday, 25 June 2009
Pada 22-25 Jun 2009, telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan yang bertempat di UUM, Sintok Kedah. Saya telah diamanahkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadi salah seorang hakim bagi pertandingan Nasyid. Apa yang dapat saya simpulkan melalui pemerhatian saya sepanjang pertandingan berlangsung, semua peserta mempunyai bakat yang terlalu istimewa. Walaupun mereka dlm kategori OKU - "ORANG KELAINAN UPAYA", namun Allah telah menganugerahkan mereka bakat dan kebolehan lain yang mungkin lebih hebat dari orang yg sempurna sifat dan fizikalnya. Tersentuh hati saya bila mendengar mereka mengalunkan nasyid dengan suara yang cukup merdu...

Gambar semasa taklimat sebelum pertandingan. Dibantu oleh guru bahasa isyarat untuk menterjemahkan dlm bahasa isyarat tentang syarat2 pertandingan.

