MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

MTQ PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN

Thursday 25 June 2009


Pada 22-25 Jun 2009, telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan yang bertempat di UUM, Sintok Kedah. Saya telah diamanahkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadi salah seorang hakim bagi pertandingan Nasyid.

Apa yang dapat saya simpulkan melalui pemerhatian saya sepanjang pertandingan berlangsung, semua peserta mempunyai bakat yang terlalu istimewa. Walaupun mereka dlm kategori OKU - "ORANG KELAINAN UPAYA", namun Allah telah menganugerahkan mereka bakat dan kebolehan lain yang mungkin lebih hebat dari orang yg sempurna sifat dan fizikalnya. Tersentuh hati saya bila mendengar mereka mengalunkan nasyid dengan suara yang cukup merdu...

saya bersama para hakim yang lain sedang menilai persembahan kumpulan nasyid

sebuah kumpulan nasyid sedang membuat persembahan

Johan (Negeri Johor) bagi kategori "BP" (masalah pembelajaran)

Johan (Negeri Kedah) bagi kategori "BL" (masalah penglihatan)


Selain dari acara nasyid, turut diadakan juga pertandingan khat. Saya sempat meninjau dan melihat perjalanan pertandingan khat yang diadakan.

Berdiri sebelah kiri: sahabat saya, Ustaz Zuhud selaku salah seorang hakim khat.
Gambar semasa taklimat sebelum pertandingan. Dibantu oleh guru bahasa isyarat untuk menterjemahkan dlm bahasa isyarat tentang syarat2 pertandingan.

seorang peserta yang berbakat

salah satu hasil tulisan dan kreativiti peserta yang sgt menarik

Read more...

Buat Sahabat Saya - Badrul Daud

Monday 22 June 2009

Susan Ross

Karya yang diminta oleh sahabat saya iaitu Badrul yg kini berada di Doha. Beliau meminta saya menulis nama "kawan"nya iaitu Susan Ross.

Read more...

BUAT SAHABAT SAYA - USTAZ MAEL & USTAZ MUA'TI

Tuesday 16 June 2009



Buat Ustaz Ismail


Buat Ustaz Mua'ti


Sebagaimana yang dijanjikan dengan Ustaz Mael dan Ustaz Mua'ti, di sini saya tunaikan janji saya utk menghadiahkan karya yang tak seberapa buat kalian berdua. Maaf atas keterlewatan sbb terlalu bnyk komitmen lain...

# Ustaz Mua'ti- dgn rasa rendah diri saya minta maaf atas kekurangan tulisan ni. Rasa segan sgt nak bagi tulisan ni dekat org yg lebih mahir khat dari saya. Tapi atas permintaan & utk tidak menghampakan saudara Mua'ti, saya tuliskan juga setakat yg saya mampu utk beliau...

Read more...

TERIMA KUNJUNGAN ABG NORDIN ( VOKALIS ALARMME & EX RAIHAN)

Sunday 7 June 2009

Abg Nordin Jaafar


Mungkin ramai yg masih mengingati lagu nasyid "Bulan-bulan Islam" yang dinyanyikan oleh Kumpulan AlarmMe. Harini saya telah menerima kunjungan sahabat saya iaitu Abg Nordin Jaafar yang pernah menjadi vokalis utama Kumpulan Nasyid AlarmMe dan Raihan pada satu masa dahulu. Sudah agak lama saya tak berjumpa dgn abg Nordin kecuali masa cuti Hari Raya je sbb masing2 sibuk dgn urusan masing2.

Bersama Abg Nordin dan familinya


Keluarga Abg Nordin


Selain dari bernasyid, menulis lirik, komposer
dan penerbit album, kini abg Nordin juga telah menjadi seorang penulis. Buku motivasi terbaru hasil tulisan beliau ialah "MENANGANI INDIVIDU SUKAR". Buku ini menerangkan peri pentingnya menangani individu sukar berdasarkan kisah Nabi Allah Musa a.s. iaitu bagaimana baginda berusaha utk menyelamatkan umatnya dari kesengsaraan di dunia dan akhirat. Buku ini telah pun berada di pasaran dan kepada pencinta-pencinta ilmu bolehla dapatkan buku ini di kedai-kedai buku yang berhampiran.

Buku tulisannya


Read more...

GELAGAT HAZIQ & AISYAH MENULIS KHAT

Friday 5 June 2009


Seronok bila dapat tengok anak saya cuba menulis "khat" dengan gaya yg tersendiri. Abg yg sulung, Haziq pada mulanya nak cuba menulis dgn menggunakan buluh dan batang resam, katanya nak tiru mcm abi tulis. Mula-mula tu okla, pastu lama-lama dia kata "eh, susahla pakai pen ni!!!"(memang susah sbb nak kena celup dlm dakwat). Lepas tu saya bagi dia tulis pakai marker pen.



gaya celup batang resam dalam dakwat dah ada tu...


Mula-mula nak tulis "alif", "ba", "ta" la kononnya, pastu tau apa yg si Haziq cakap, "Abi, susahlah nak tulis huruf "ba" ni, Haziq tulis "alif" je lah senang sikit". Nak tergelak saya bila dia cakap mcm tu. Saya pun suruh jelah tulis apa yg dia boleh tulis. Janji kita bagi peluang kat dia...




Si Aisyah pulak bila tengok abg dia menulis, dia pun apa lagi nak tulis sama lah. Pun ada hati nak pakai buluh & batang resam. Saya bagi je dia try. Sekali celup dlm dakwat, abis satu batang dia celup. Tak kisahla mcm mana jadi pun. Apa yg penting, dari kecik lagi kita kena cuba pupuk minat diaorang pada seni khat ni.


Aisyah pun tak lepaskan peluang nak tulis jugak

Aisyah paling suka sambung titik jadi huruf


Read more...

SERUPA TAPI TAK SAMA???

Saje je kalini nak berkongsi gambar dengan pembaca. Cuba perhati betul-betul gambar-gambar yang saya paparkan ini. Rasanya kalau sekali tengok nampak macam kembar je kan?? Tapi percaya atau tidak gambar-gambar tersebut adalah gambar ketiga-tiga anak saya yg diambil masa diaorang kecik. Saya pakaikan baju yang sama maksudnya baju dari abg yg sulung disimpan dan dipakaikan utk adik-adiknya. Saya cuba ambil gambar ni dalam keadaan "posing" yg hampir sama dan inilah hasilnya...


gambar 1

gambar 2

gambar 3


Gambar 1 : anak yg pertama, Haziq
Gambar 2 : anak ke 2, Aisyah
Gambar 3 : baby yg kecik baru 3 bulan, Hazim

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP