MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

"ALHAMDULILLAH, SYUKUR PADA MU YA ALLAH"

Saturday, 21 February 2009


"Alhamdulillah!". Itu je kalimah yg mampu saya ucapkan di atas segala nikmat kurniaan Allah.

-Alhamdulillah dgn izin Allah, isteri saya telah selamat melahirkan baby lelaki yg ke 3, lebih kurang pukul 5.15 ptg-20.02.2009(Jumaat) di hospital Balik Pulau, Penang. Berat baby....emmm...kalau kat universiti, dah kira cemerlang sgt2 sbb dpt FOUR FLAT. Berat dia 4 kg. Dulu abang dia yg sulung 3.9kg. Maknanya dia lg cemerlang drp abg dia.
-Alhamdulillah, isteri dpt bersalin normal.

Gambar diambil 30 minit selepas dilahirkan

-Alhamdulillah, walaupun 2hari dah kena tahan dlm wad, dgn izin Allah dia selamat juga bersalin.
-Alhamdulillah, sesampai je saya kat katil isteri masa nak melawat dia lebih kurang pukul 4.40 ptg (sebelum dia bersalin), terus dia mengadu sakit perut yg amat. Masa tu dia duduk dlm bilik 2nd class sorang2 je. Allah maha kaya...dia sakit kuat bila saya jejak je kaki masuk ke bilik tu & saya terus memanggil nurse yg ada kat dlm wad tu. Isteri terus dimasukkan ke dewan bersalin. Saya menanti dgn penuh debaran, doa & pengharapan pd Allah agar dipermudahkan segalanya.
-Alhamdulillah, lebih kurang kul 5.30 ptg saya tengok isteri dah dibawa keluar dr bilik bersalin. Terpancar senyuman di wajahnya...Tp saya masih menunggu dengan debaran.

-Alhamdulillah, sejurus selepas itu, baby yg saya nantikan selama 9bulan akhirnya muncul di depan mata saya.
-Dengan lafaz Alhamdulillah, saya terus memangku baby td. Syukur yg amat pada Allah. Tidak dpt digambarkan perasaan saya masa tu. Terus saya azan & iqamahkan ke telinganya agar kalimah tauhid dan lafaz kebesaran Allah itu adalah kalimah pertama yg didengarinya. Mudah2an dia akan menjadi ANAK YANG SOLEH dan Allah akan sentiasa melindunginya. Selepas itu saya ke surau berdekatan utk menunaikan solat Asar & melakukan sujud syukur pada Allah di atas kurniaan nikmatnya yg tak terhingga.....

-Harga selautan syukur ku, hanyalah setitis nikmat Mu di bumi...

"Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya Allah"

6 comments:

Ahmad Fadzli Fauzi 21 February 2009 at 13:15  

Mabruk!!! Demo 3 doh, kawe duduk sorang lagi. Tadok rezeki lagi...

Abu Muazz 21 February 2009 at 13:34  

Salam Anis...nak ucapkan:
1- Selamat Bercuti Rehat 7 Hari
2- Selamat 'Bercuti' rehat 100 hari.

Rehat la sepuas-puasnya yer... :)

Kepada AbuFadhl: Keep trying harder bros.. kalau ada rezeki, tak kemana.

Abuhazieq 21 February 2009 at 19:20  

waaah...dlm sungguh maksud komen hamidi ni.hehehe..

Abuhazieq 21 February 2009 at 19:21  

to abufadhl...
try your best!

Anonymous 28 February 2009 at 00:11  

Salam...

Syukur atas kurniaan ilahi, apapun tahniah Abu Hazieq...moga2 dpt menjaga amanah yg Allah kurniakan...

Ibrahim
Bintulu, SAR

Anonymous 13 March 2009 at 13:15  

salam...
Mana gambar bb baru lagi? Nama apa? Janji nak masuk dalm blog nie. Kalu bole, masukkan skali gmbr kluarga ustz ye.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP