MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

NOSTALGIA NADAMURNI - RABBANI

Monday, 2 February 2009



Terubat juga rindu utk mendengar lagu2 nasyid lama yg pernah didendangkan oleh kumpulan nasyid yg boleh dikatakan "top" pada era 90-an dulu iaitu NADAMURNI apabila RABBANI telah mengeluarkan 1 lg album barunya yg berjudul "NOSTALGIA NADAMURNI". Sebut saja NADAMURNI, kumpulan nasyid ni sudah tidak asing lg buat peminat2 nasyid tanah air masa tu. Antara lagu2 hit yg dirakam semula ialah:

1. Bila Nur Melimpah Di Hati
2. Ibu Mithali

3. Al-Hijrah

4. Sunnah Berjuang
5. Sifat 20
6. Nun Di Sana

7. Indahnya Hidup Bersama Ilahi
8. Mana Milik Kita

9. Jasa Petani

10. Ayyu Zikra


Cover depan album

Yang best nak kongsi kat sini, konsep & rekabentuk album ni adalah hasil sentuhan dan cetusan idea kawan aku - Frizdan (nama glamer dia lah ni kononnya). Cantik jugak hasil kerja tangan dia. Sebenarnya dah banyak cover album nasyid, lirik dan lagu nasyid yg dia dah hasilkan sebelum ni. Lagu yg boleh dikatakan hit yg dinyanyikan oleh kumpulan Inteam iaitu PEMERGIAN MU, Frizdan lah yg cipta lagu tu. Tahniah Bro!!! Mmg best lagu tu...

Frizdan tgh bertungkus lumus utk menyiapkan cover album.

Nilah tokey (duduk atas kerusi) yg bertanggungjawab men"design"kan cover album Rabbani-Nostalgia Nadamurni. Gambar diambik masa aku ke KL haritu. Kebetulan masa tu Frizdan tgh mengenakan sentuhan tangannya utk menghasilkan cover album.


# Jangan lupa dapatkan album ni. Berbaloi rasanya beli sbb mmg boleh menggamit memori zaman2 hit NADAMURNI dulu. Apa yg penting, DAPATKAN YG ORIGINAL yer!!!


0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP