
Jawatankuasa Kawalan Kualiti Festival Nasyid
Sewaktu saya memasukkan entri ni, saya masih lagi berada di Kuantan Pahang sempena dgn Festival Nasyid Kebangsaan. Keputusan belum diumumkan. Yang pasti, semua kumpulan nasyid berdebar utk menunggu keputusan pertandingan.
Tak dapat dijangka kumpulan mana yg bakal bergelar johan dalam festival nasyid Kebangsaan kalini baik bagi kategori sekolah menengah mahupun sek rendah kerana semuanya hebat-hebat belaka.

Pentas Utama

Barisan Hakim Festival Nasyid Kebangsaan
Festival Nasyid kalini telah menemukan saya dengan "sahabat maya" saya (bermula dgn perkenalan melalui blog) iaitu Ustaz Hakimi yang membawa kontinjen Negeri Sembilan. Tahniah UstatKimi kerana berjaya mengurus & melatih kumpulan nasyid beliau iaitu al-Mumtaz yang telah dpt membuat persembahan yg sgt menarik dan mantop. Kalau ikut pada penghakiman peribadi saya, insyaAllah kumpulan al-Mumtaz ada tersenarai dalam top 3. Apapun, keputusan sebenar terletak pada hakim2 bertauliah yg menilainya.

Saya bersama UstatKimi yg hensem.hehe...(minta ustatkimi belanja makan sbb tolong jd cameraman masa al-Mumtaz membuat persembahan)

Kumpulan al-Mumtaz (UstatKimi) sedang membuat persembahan
Yang lagi best, di Festival Nasyid Kebangsaan ni berkebetulan pula saya terjumpa dgn sahabat baik saya iaitu Frizdan (juga seorang komposer dan pencipta lagu nasyid) dan Sufian, kumpulan Saujana (tq Pyan sbb belanja makan). Sempat lg kami pergi bemain boling di Kuantan Megamall. Saja nak test power yg x brapa power dlm bermain boling...huhu...

Bersama Frizdan (kiri) dan Sufian Saujana (kanan) masa main boling.
Read more...