
KARYA BUAT USTAZ ILHAM
Monday, 23 February 2009
"ALHAMDULILLAH, SYUKUR PADA MU YA ALLAH"
Saturday, 21 February 2009
-Alhamdulillah dgn izin Allah, isteri saya telah selamat melahirkan baby lelaki yg ke 3, lebih kurang pukul 5.15 ptg-20.02.2009(Jumaat) di hospital Balik Pulau, Penang. Berat baby....emmm...kalau kat universiti, dah kira cemerlang sgt2 sbb dpt FOUR FLAT. Berat dia 4 kg. Dulu abang dia yg sulung 3.9kg. Maknanya dia lg cemerlang drp abg dia.
-Alhamdulillah, isteri dpt bersalin normal.

-Alhamdulillah, walaupun 2hari dah kena tahan dlm wad, dgn izin Allah dia selamat juga bersalin.
-Alhamdulillah, sesampai je saya kat katil isteri masa nak melawat dia lebih kurang pukul 4.40 ptg (sebelum dia bersalin), terus dia mengadu sakit perut yg amat. Masa tu dia duduk dlm bilik 2nd class sorang2 je. Allah maha kaya...dia sakit kuat bila saya jejak je kaki masuk ke bilik tu & saya terus memanggil nurse yg ada kat dlm wad tu. Isteri terus dimasukkan ke dewan bersalin. Saya menanti dgn penuh debaran, doa & pengharapan pd Allah agar dipermudahkan segalanya.
-Alhamdulillah, lebih kurang kul 5.30 ptg saya tengok isteri dah dibawa keluar dr bilik bersalin. Terpancar senyuman di wajahnya...Tp saya masih menunggu dengan debaran.
-Alhamdulillah, sejurus selepas itu, baby yg saya nantikan selama 9bulan akhirnya muncul di depan mata saya.
-Dengan lafaz Alhamdulillah, saya terus memangku baby td. Syukur yg amat pada Allah. Tidak dpt digambarkan perasaan saya masa tu. Terus saya azan & iqamahkan ke telinganya agar kalimah tauhid dan lafaz kebesaran Allah itu adalah kalimah pertama yg didengarinya. Mudah2an dia akan menjadi ANAK YANG SOLEH dan Allah akan sentiasa melindunginya. Selepas itu saya ke surau berdekatan utk menunaikan solat Asar & melakukan sujud syukur pada Allah di atas kurniaan nikmatnya yg tak terhingga.....
-Harga selautan syukur ku, hanyalah setitis nikmat Mu di bumi...
"Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya Allah"
KARYA SUMBANGAN USTAZ ILHAM
Friday, 20 February 2009
Karya tulisan khat di atas adalah hasil sumbangan sahabat saya, al-fadhil Syeikh Ilham. Ustaz Ilham ni mmg seorang yg berbakat besar. Tengok je tulisan dia,mmg comei.Terima kasih bnyk2 sbb susah payah & sudi luangkan masa utk menulis khat yg saya minta. Jazaakallah... Read more...
MURAL KHAT
Thursday, 19 February 2009
Sebagaimana yg dijanjikan, buat tatapan Ustaz Ilham, di sini saya lampirkan gambar berus yg selalu saya gunakan utk membuat mural khat. Berus ini telah siap dipotong serong. Kalau dah banyak menulis kat dinding, rasanya tak berapa susah utk kita membuat mural khat dgn menggunakan berus ni. Cuma kena banyakkan latihan dan contengan di dinding je.Mula2 saya akan lakarkan tulisan yg dikehendaki dengan menggunakan kapur tulis di dinding. Kemudian terus "free hand" menulisnya dgn menggunakan berus td.
Di bawah adalah beberapa contoh hasil tulisan yg saya buat dgn menggunakan berus td.


# Ustaz Ilham, maaf bnyk2. tulisan ana x semantop tulisan enta. Cuma ana nak kongsi ilmu dgn enta utk memudahkan lg membuat mural khat kat dinding. Read more...
KARYA KHAT USTAZ ZAWADI
Friday, 13 February 2009





NOSTALGIA NADAMURNI - RABBANI
Monday, 2 February 2009

Terubat juga rindu utk mendengar lagu2 nasyid lama yg pernah didendangkan oleh kumpulan nasyid yg boleh dikatakan "top" pada era 90-an dulu iaitu NADAMURNI apabila RABBANI telah mengeluarkan 1 lg album barunya yg berjudul "NOSTALGIA NADAMURNI". Sebut saja NADAMURNI, kumpulan nasyid ni sudah tidak asing lg buat peminat2 nasyid tanah air masa tu. Antara lagu2 hit yg dirakam semula ialah:
1. Bila Nur Melimpah Di Hati
2. Ibu Mithali
3. Al-Hijrah
4. Sunnah Berjuang
5. Sifat 20
6. Nun Di Sana
7. Indahnya Hidup Bersama Ilahi
8. Mana Milik Kita
9. Jasa Petani
10. Ayyu Zikra
Yang best nak kongsi kat sini, konsep & rekabentuk album ni adalah hasil sentuhan dan cetusan idea kawan aku - Frizdan (nama glamer dia lah ni kononnya). Cantik jugak hasil kerja tangan dia. Sebenarnya dah banyak cover album nasyid, lirik dan lagu nasyid yg dia dah hasilkan sebelum ni. Lagu yg boleh dikatakan hit yg dinyanyikan oleh kumpulan Inteam iaitu PEMERGIAN MU, Frizdan lah yg cipta lagu tu. Tahniah Bro!!! Mmg best lagu tu...
# Jangan lupa dapatkan album ni. Berbaloi rasanya beli sbb mmg boleh menggamit memori zaman2 hit NADAMURNI dulu. Apa yg penting, DAPATKAN YG ORIGINAL yer!!!