ISTIMEWA BUAT SAHABATKU, HAMIDI
Friday 27 February 2009
*"Hamidi, dgn rasa rendah diri ana mohon maaf atas kekurangan tulisan ni. Kalau nak lg mantop, suruh je pakar khat kita, Ustaz Ilham..."
-Alhamdulillah, walaupun 2hari dah kena tahan dlm wad, dgn izin Allah dia selamat juga bersalin.
-Alhamdulillah, sesampai je saya kat katil isteri masa nak melawat dia lebih kurang pukul 4.40 ptg (sebelum dia bersalin), terus dia mengadu sakit perut yg amat. Masa tu dia duduk dlm bilik 2nd class sorang2 je. Allah maha kaya...dia sakit kuat bila saya jejak je kaki masuk ke bilik tu & saya terus memanggil nurse yg ada kat dlm wad tu. Isteri terus dimasukkan ke dewan bersalin. Saya menanti dgn penuh debaran, doa & pengharapan pd Allah agar dipermudahkan segalanya.
-Alhamdulillah, lebih kurang kul 5.30 ptg saya tengok isteri dah dibawa keluar dr bilik bersalin. Terpancar senyuman di wajahnya...Tp saya masih menunggu dengan debaran.
-Alhamdulillah, sejurus selepas itu, baby yg saya nantikan selama 9bulan akhirnya muncul di depan mata saya.
-Dengan lafaz Alhamdulillah, saya terus memangku baby td. Syukur yg amat pada Allah. Tidak dpt digambarkan perasaan saya masa tu. Terus saya azan & iqamahkan ke telinganya agar kalimah tauhid dan lafaz kebesaran Allah itu adalah kalimah pertama yg didengarinya. Mudah2an dia akan menjadi ANAK YANG SOLEH dan Allah akan sentiasa melindunginya. Selepas itu saya ke surau berdekatan utk menunaikan solat Asar & melakukan sujud syukur pada Allah di atas kurniaan nikmatnya yg tak terhingga.....
-Harga selautan syukur ku, hanyalah setitis nikmat Mu di bumi...
"Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya Allah"
Sebagaimana yg dijanjikan, buat tatapan Ustaz Ilham, di sini saya lampirkan gambar berus yg selalu saya gunakan utk membuat mural khat. Berus ini telah siap dipotong serong. Kalau dah banyak menulis kat dinding, rasanya tak berapa susah utk kita membuat mural khat dgn menggunakan berus ni. Cuma kena banyakkan latihan dan contengan di dinding je.Mula2 saya akan lakarkan tulisan yg dikehendaki dengan menggunakan kapur tulis di dinding. Kemudian terus "free hand" menulisnya dgn menggunakan berus td.
© Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP