MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

PENGALAMAN BERMAKNA BUAT KAMI

Tuesday 28 April 2009


Walaupun hanya mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan nasyid Peringkat Negeri sempena dengan MTQ, namun pengalaman menyertainya untuk sampai ke tahap ini sudah cukup bermakna bagi kami. Saya masih mampu tersenyum apabila pasukan nasyid sekolah saya diumumkan mendapat tempat ke 3 sbb jangkaan awal saya takdelah sampai tersenarai dlm "top 3'" memandangkan pasukan nasyid dari sekolah lain hebat2 se
muanya.

Belajar melalui pengalaman dan kekalahan...itulah sebaik2 GURU. Kepada pasukan nasyid sekolah, tahniah diucapkan atas kesungguhan utk sampai ke tahap ni. InsyaAlla
h, kita akan cuba lagi di tahun2 yg akan dtg dengan semangat baru.

Semasa membuat persembahan


Saya bersama pasukan nasyid sekolah


Tulisan Khat Thuluth "MAJLIS TADARRUS AL-QURAN " yg tak berapa menjadi dan tak berapa cantik pada backdrop belakang tu adalah hasil tulisan saya yang diminta oleh JPN tempoh hari. Tak sangka pulak tulisan tu nak diletak pada setiap bilik yg digunakan utk semua acara yang dipertandingkan termasuklah kat backdrop di dewan utama.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP