MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

SESI DIALOG & SOAL JAWAB BERSAMA HAKIM FESTIVAL NASYID KEBANGSAAN

Wednesday 29 April 2009

Satu usaha yang harus diberi pujian kepada Unit Operasi Dakwah (UOD), Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang apabila telah mengadakan sesi dialog dan soal jawab bersama hakim Festival Nasyid Kebangsaan pada pagi tadi yang bertempat di SK Pokok Sena.

Sebenarnya pada tahun ini satu pembaharuan telah dibuat oleh Sektor Pendidikan Islam, JPN P.Pinang yg mana telah menjemput hakim Festival Nasyid Kebangsaan sendiri utk mengadili Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri sempena dgn MTQ yang berlangsung kelmarin. Jadi sementara mereka masih ada di P.Pinang, satu sesi dialog & soal jawab telah diadakan utk meningkatkan lagi mutu persembahan nasyid bagi sekolah2 Negeri P. Pinang pada tahun2 yg akan dtg.

Namun hanya dua org hakim kebangsaan sahaja yg dpt bersama utk sesi dialog kalini iaitu USTAZ NIK AZIZAN (Mari Bertarannum-TV9) selaku hakim bagi kategori Nasyid Tradisional dan CIKGU KAMARUDDIN (dari Perak) selaku hakim bagi kategori Nasyid
Kontemporari. Kedua2 hakim ini memang mempunyai pengalaman yg cukup luas dan mempunyai kepakaran masing2 yg memang tak boleh dipertikaikan lagi.

Bila saya menghadiri sesi dialog & soal jawab ni, barulah nampak sikit2 apa itu nasyid dan apa kehendak hakim sebenarnya. Di samping dapat mengetahui (walaupun bukan terlau detail ) berkenaan dgn ton suara, colour tone, pic & nada, sebutan, dinamik, kes
eimbangan dan harmoni suara. Bukan setakat teori tp Ustaz Nik Azizan & Cikgu Kamaruddin siap buat demo dan nyanyi lagi...mmg best sangat. Tapi sayangnya masa agak terhad utk kami mendalami ilmu suara dgn lebih mendalam. Bukan senang untuk mendapat peluang sebegini.

Diharap Sektor Pendidikan Islam, JPN P.Pinang dapat meneruskan lagi usaha murni ini pada masa2 yg akan datang.


Semasa sesi dialog.

Dari kanan, Ustaz Nik Azizan (Mari Bertarannum -TV9), Ustaz Al-Rizuadi (Sektor Pendidikan Islam, JPN Penang) dan Cikgu Kamaruddin (dari Perak).

Saya bersama Ustaz Nik Azizan. Orangnya segak, lawak dan peramah. Yang paling penting, dia tak kedekut ilmu. Bila dah berjumpa dgn org satu negeri, biasalah, kami akan "speaking Klate"...


0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP