MAKLUMAN: Sila layari blog ini dengan menggunakan Mozilla Firefox untuk mendapatkan paparan yang lebih baik dan menarik. Untuk muat turun Mozilla Firefox, klik di sini.

SESI DIALOG & SOAL JAWAB BERSAMA HAKIM FESTIVAL NASYID KEBANGSAAN

Wednesday 29 April 2009

Satu usaha yang harus diberi pujian kepada Unit Operasi Dakwah (UOD), Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang apabila telah mengadakan sesi dialog dan soal jawab bersama hakim Festival Nasyid Kebangsaan pada pagi tadi yang bertempat di SK Pokok Sena.

Sebenarnya pada tahun ini satu pembaharuan telah dibuat oleh Sektor Pendidikan Islam, JPN P.Pinang yg mana telah menjemput hakim Festival Nasyid Kebangsaan sendiri utk mengadili Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri sempena dgn MTQ yang berlangsung kelmarin. Jadi sementara mereka masih ada di P.Pinang, satu sesi dialog & soal jawab telah diadakan utk meningkatkan lagi mutu persembahan nasyid bagi sekolah2 Negeri P. Pinang pada tahun2 yg akan dtg.

Namun hanya dua org hakim kebangsaan sahaja yg dpt bersama utk sesi dialog kalini iaitu USTAZ NIK AZIZAN (Mari Bertarannum-TV9) selaku hakim bagi kategori Nasyid Tradisional dan CIKGU KAMARUDDIN (dari Perak) selaku hakim bagi kategori Nasyid
Kontemporari. Kedua2 hakim ini memang mempunyai pengalaman yg cukup luas dan mempunyai kepakaran masing2 yg memang tak boleh dipertikaikan lagi.

Bila saya menghadiri sesi dialog & soal jawab ni, barulah nampak sikit2 apa itu nasyid dan apa kehendak hakim sebenarnya. Di samping dapat mengetahui (walaupun bukan terlau detail ) berkenaan dgn ton suara, colour tone, pic & nada, sebutan, dinamik, kes
eimbangan dan harmoni suara. Bukan setakat teori tp Ustaz Nik Azizan & Cikgu Kamaruddin siap buat demo dan nyanyi lagi...mmg best sangat. Tapi sayangnya masa agak terhad utk kami mendalami ilmu suara dgn lebih mendalam. Bukan senang untuk mendapat peluang sebegini.

Diharap Sektor Pendidikan Islam, JPN P.Pinang dapat meneruskan lagi usaha murni ini pada masa2 yg akan datang.


Semasa sesi dialog.

Dari kanan, Ustaz Nik Azizan (Mari Bertarannum -TV9), Ustaz Al-Rizuadi (Sektor Pendidikan Islam, JPN Penang) dan Cikgu Kamaruddin (dari Perak).

Saya bersama Ustaz Nik Azizan. Orangnya segak, lawak dan peramah. Yang paling penting, dia tak kedekut ilmu. Bila dah berjumpa dgn org satu negeri, biasalah, kami akan "speaking Klate"...


Read more...

PENGALAMAN BERMAKNA BUAT KAMI

Tuesday 28 April 2009


Walaupun hanya mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan nasyid Peringkat Negeri sempena dengan MTQ, namun pengalaman menyertainya untuk sampai ke tahap ini sudah cukup bermakna bagi kami. Saya masih mampu tersenyum apabila pasukan nasyid sekolah saya diumumkan mendapat tempat ke 3 sbb jangkaan awal saya takdelah sampai tersenarai dlm "top 3'" memandangkan pasukan nasyid dari sekolah lain hebat2 se
muanya.

Belajar melalui pengalaman dan kekalahan...itulah sebaik2 GURU. Kepada pasukan nasyid sekolah, tahniah diucapkan atas kesungguhan utk sampai ke tahap ni. InsyaAlla
h, kita akan cuba lagi di tahun2 yg akan dtg dengan semangat baru.

Semasa membuat persembahan


Saya bersama pasukan nasyid sekolah


Tulisan Khat Thuluth "MAJLIS TADARRUS AL-QURAN " yg tak berapa menjadi dan tak berapa cantik pada backdrop belakang tu adalah hasil tulisan saya yang diminta oleh JPN tempoh hari. Tak sangka pulak tulisan tu nak diletak pada setiap bilik yg digunakan utk semua acara yang dipertandingkan termasuklah kat backdrop di dewan utama.

Read more...

BESTARI IBADAH CAMP - SK TELOK AYER TAWAR, PENANG

Wednesday 22 April 2009



Buat kali kedua pada tahun ini, saya dengan kerjasama ASA EXPLORE TRAINING & CONSULTANCY telah mengadakan program motivasi yang bertempat di SK TELOK AYER TAWAR, BUTTERWORTH, PENANG pada 17-19 April yg lepas. Peserta adalah seramai 152 org dari murid tahun 6. Tahniah kepada peserta program di atas komitmen yg diberikan sepanjang perjalanan program...



Moderator Program, Bro Sham sedang menyampaikan ceramah


Latihan Dalam Kumpulan (LDK)


Sesi Muhasabah


Majlis penutup bersama ibubapa dan para peserta


Majlis perpisahan bersama fasilitator


Barisan fasilitator dan tenaga penggerak program


Read more...

Lagi Karya Ustaz Yusof

Wednesday 15 April 2009



Di sini saya paparkan 2 lagi karya tulisan Ustaz Yusof yang cantik dan mantop...


Khat Nasakh

Khat Ijazah


Read more...

TAHNIAH SEKALI LAGI KUMPULAN NASYID SEKOLAH!!!

Sunday 12 April 2009


Tahniah sekali lagi diucapkan kepada kumpulan nasyid sekolah saya kerana telah berjaya layak ke peringkat negeri setelah mendapat Johan di dalam pertandingan nasyid sempena dgn MTQ peringkat DAERAH pada 11.4.2009. Alhamdulillah, nampaknya tahun ni baru rezeki kami utk sampai ke peringkat negeri setelah beberapa tahun menyertai pertandingan nasyid. Sebenarnya saya sendiri pun tak terlalu menaruh harapan yg tinggi utk sampai ke tahap ini tp itulah rezeki namanya. Apa pun, kami perlu berusaha dengan lebih gigih lg sbb sudah tentu kumpulan2 nasyid lain yg layak ke peringkat negeri ni hebat2 belaka.
Tak lupa juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada PEMAIN CONGGA kami, iaitu adik TAARIQ di atas kecemerlangannya bermain congga dgn baik sekali. Kemahiran dan kepantasan tangannya menjadi tumpuan semua penonton yg menyaksikan persembahan dari sekolah kami. Tahniah!!!


Read more...

Karya Ustaz M. Yusof

Thursday 9 April 2009

Di sini saya paparkan 2 karya tulisan Ustaz M. Yusof ( Yang Dipertua Persatuan Khat Kebangsaan) yang ada dlm simpanan saya utk tatapan peminat khat semua. Karya yg cukup tinggi nilainya. Selepas ni, saya akan masukkan lg beberapa karya Us. Yusof...



Read more...

HEPI BESDAY HAZIQ!!! - 4 Tahun Dah..

Monday 6 April 2009


Saya cuba tulis dlm khat Diwani. Tak mahir sgt tp nak cuba juga. Ni je yg mampu ditulis.
SELAMAT HARI JADI - HAZIQ

Selamat Hari Jadi yang ke 4 diucapkan buat Putera sulung saya, M.Haziq iaitu pada 6 April 2009. Dah 4 tahun dah ye. Rasa mcm kejap je masa berlalu. Dulu ingat lg masa si Haziq ni kecik, punyala suka meragam. Asyik nangis je. Sampai naik risau. Kalau nangis sampai sejam tu, dah kira biasa dah bg dia. Kita pulak jd susah hati. Tu dulu...skrg alhmadulillah. Allah itu maha adil. Haziq skrg dah ok sgt2.Dia pun dah cerdik & pandai berfikir dah.

Begitulah cabaran dlm membesarkan anak. Bila kita sendiri dah lalui, bar
u kita tau mcm mana susahnya mak ayah nak besarkan kita. Saya mmg respect dan kagum dengan MAK & AYAH saya yg boleh jaga kami adik beradik 10 org, hinggakan kami semua dah besar & berjaya dgn kerjaya masing2. Tak terbalas jasa dan pengorbanan mereka... Semoga Haziq akan menjadi ANAK YANG SOLEH, BERJUANG & BERBAKTI PADA AGAMA dan jadi penulis khat yg berjaya mcm kawan2 abi yg lain (Us Ilham, Us Firdaus, Us Zuhud, Us Hasrul, Us Baki, Us Muati, Us Bukhari, Us Fathi, Us Nik, Us Zawadi....ramai lg ni kalau nak sebut) - InsyaAllah....

*Yg istimewanya, besday abi haziq ni selang 2 hari je dgn besday haziq. Selamat Hari Lahir utk diri sendiri...hehe.

.

Haziq 3 bulan

10 bulan

1 tahun

2 tahun

3 tahun

Ni lah Haziq skrg...4 tahun dah



Read more...

KARYA SUMBANGAN USTAZ MUA'TI

Friday 3 April 2009



Khat Diwani Jali

Sbb terlalu sibuk dengan urusan sekolah, saya x berpeluang utk menghasilkan karya terbaru. Nasib baik ada sahabat yg bermurah hati utk menyumbangkan karyanya utk dikongsi bersama.1 lagi karya yang diberikan oleh sahabat saya, Ustaz Mua'ti kepada saya. Karya yg sungguh cantik dan menarik. Terima Kasih Ustaz Mua'ti...

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP